Monday, September 21, 2009

SALAM AIILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

"mak, pandainya Allah" terpacul soalan itu dari mulut saya. Pagi raya pertama, semasa kami sama2 menjamah lemang sesama ahli keluarga. Terlintas, terbayang, tergambar oleh mata hati saya betapa hebat Maha Pencipta, sepanjang tahun kita berpenat lelah menjalani hidup hari2, Allah bekalkan kita dengan hari kebebasan,,,Ruang hari yang biasanya kita sibuk dengan pekerjaan, dilapangkan oleh Allah untuk kita bertemu, bermesra. Maha perancang, maha penyusun, Maha hebat Allah,, subhanallah.. Hari ini raya kedua Amboi tak menang tangan melayan tetamu,,, kami sekeluarga turut mengambil peluang sama berkunjung ke rumah berdekatan,, maklumlah inilah kg tempat menetap, tempat berkunjung KUALA KANGSAR... bagi saya Tiada istilah balik kg seperti org lain, sebab hari2 saya berada di kg. Bulan syawal ni ramai yg mengambil kesempatan untuk bertunang, berkahwin, mengeratkan silaturrahim.. buat kawan2 yang melangsungkan hari bahagia dilebaran ini, saya ucapkan tahniah. SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN -CIKGUZURAIDAH

No comments:

Post a Comment