Tuesday, July 5, 2011

BARIS ILMU JIWA

Menarikan tari pena yang lama terhenti bukan juga mudah. Terkulat-kulat menyusun BARIS kata. Terima kasih DR MARIA. Pertemuan sesingkat tadi, menyentap azam, yang lama sudah pegun. Duduk bersama ilmuan terasa hebatnya... hebatnya dia... bersama ILMU dalam tuturnya. Membakar semangat, membangkitkan JIWA yang hampir terlelap. " INSYAALLAH DR. ia tidak hanya akan terhenti di sini. CikguZuraidah.

Thursday, September 24, 2009

GLASS HOUSE EXTERIOR DESIGN


Dikesibukan menyambut syawal masih ada yang sibuk dengan kerja yang masih berbaki..., macam adik saya yang sibuk dengan asignmentnya, jika semalam dia membuat saya kelelahan lain pula ceritanya hari ini... Biasalah adik bongsu, memaksa kakaknya buat homework dia, nak jadikan cerita kakak chemor balik, kakak chemor cikgu seni. Dengan ilmu seni yang kakak chemor ada, adik memerintahkan untuk melukis design rumah idaman untuk asignmentnya... Cikgu seni banyak ideanya,, "adik apa kata kita buat glass house modern design" Saya yang duduk2 tidak mengambil bahagian hanya memerhati... "emmm syok kot, rumah ada banyak GELAS" selamba adik menyahut... walaupun berlaku seakan terlalu santai, tetapi serentak saya dan kakak tertawa. kahkahkah... "Adoi adik kakak, manalah rupanya nak jadi engineer, RUMAH KACA DISAMA ERTIKAN DENGAN RUMAH YANG BANYAK GELAS, Adik-adik-adik,,, bakal engineer hehehe.. mudah2han cita2 adik tetap tercapai, mana tahu suatu hari nanti rumah terbina berasaskan susunan gelas pulak.. haha-CIKGU ZURAIDAH

Wednesday, September 23, 2009

PENJENAMAAN SEMULA


COPY OF 2007 (THANK U)

Merenung segelas air,
terselit keinsafan,
namun aku tak sehebat Umar..
keinsafan dan syukurnya melaut…
andai segelas air itu,
air yang gugur dari dua mata ini,
bertuah diri,
merenung ke dalam diri,
mana air mata yang aku tumpahkan,
tidak setitis…mengapa tidak kutitiskan?
mungkin hati ini tiada sinar lagi…
Gelapkah ia dengan noda?
Sekeruh lumpurkah ia?
Mereung ke dalam lumpur,
terpancar kebesaran Ilahi,
betapa hidup bermula dari Mu,
pada lumpur itu terlihat diriku,
Ya Allah, jadikan hambamu ini,'
Hamba yang bersyukur….Amin~
-CIKGUZURAIDAH

KAKAK ADIK YG GENIUS


hampir putus nafasku.. sesak rasanya... "SEMUA ORG ADA HAK PERIBADI!" macamana achik boleh buka telefon adik!!!.. antara dialog petang tadi.. adik saya hairan,, bagaimana telefonnya yang penuh dengan pin code dan security code pun boleh dicabuli. Saya bagitau dia, adik teknologi bukan boleh harap sangat... setelah hampir setengah jam bergasak macam nak putus nyawa saya bagitau dia caranya.... Lain kali pikir la lebih sikit,, barulah GENIUS- apapun kira adik saya lebih genius,, sebab dia berjaya mendapat formulasi tersebut dari saya tanpa satu sen pun - CIKGU ZURAIDAH

Tuesday, September 22, 2009

LETAK AKALMU MENGATASI EMOSIMU


Terima kasih untuk ini, dia menjagaku, mendidikku dengan penuh kesabaran dan pertimbangan akal. Dia mengajar aku berfikir dan bertindak. Bukan sekali, bukan dua malah berkali-kali. Dia juga orang biasa sama seperti kita namun dia hebat dimataku. Alangkah bagusnya jika aku setabah dia... - CIKGU ZURAIDAH

Monday, September 21, 2009

SALAM AIILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

"mak, pandainya Allah" terpacul soalan itu dari mulut saya. Pagi raya pertama, semasa kami sama2 menjamah lemang sesama ahli keluarga. Terlintas, terbayang, tergambar oleh mata hati saya betapa hebat Maha Pencipta, sepanjang tahun kita berpenat lelah menjalani hidup hari2, Allah bekalkan kita dengan hari kebebasan,,,Ruang hari yang biasanya kita sibuk dengan pekerjaan, dilapangkan oleh Allah untuk kita bertemu, bermesra. Maha perancang, maha penyusun, Maha hebat Allah,, subhanallah.. Hari ini raya kedua Amboi tak menang tangan melayan tetamu,,, kami sekeluarga turut mengambil peluang sama berkunjung ke rumah berdekatan,, maklumlah inilah kg tempat menetap, tempat berkunjung KUALA KANGSAR... bagi saya Tiada istilah balik kg seperti org lain, sebab hari2 saya berada di kg. Bulan syawal ni ramai yg mengambil kesempatan untuk bertunang, berkahwin, mengeratkan silaturrahim.. buat kawan2 yang melangsungkan hari bahagia dilebaran ini, saya ucapkan tahniah. SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN -CIKGUZURAIDAH

Saturday, September 19, 2009

SALAM PENAKLUKAN LEBARAN AIDILFITRI

Assalamualaikum buat semua.... Salam perkenalan... salam penaklukan. saya mula meneroka blogspot disaat penghujung ramadhan ini walau telah bertahun lalu dijabatkan dengannya,,, mungkin ikatan yang tidak utuh antara saya dan blog merungkai tali yang cuba dibina pada tahun 2004. InsyaAllah kali ini suatu penjenamaan baru dilaksanakan.. insyaAllah.. Salam permulaan, salam perkenalan... CIKGU ZURAIDAH 09